Ikuti Kami:

Terbukti Rapat, Peminat Teruja Lihat Pelakon ‘The King: Eternal Monarch’ Buat Reunion Kecil

Terbukti Rapat, Peminat Teruja Lihat Pelakon ‘The King: Eternal Monarch’ Buat Reunion Kecil

Baru sahaja menamatkan tayangan beberapa bulan lepas, tetapi para pelakon “The King: Eternal Monarch” telah pun  mengadakan reunion kecil baru-baru ini.

Dalam gambar yang dimuat naik oleh mereka, dapat dilihat bahawa Lee Min-ho, Woo Do-hwan, Kim Go-eun, Kim Kyung-nam, Jung Eun-chae dan Kim Yong-ji bergembira dan meluangkan masa untuk makan dan minum bersama.

Bahkan Woo Do-hwan yang sedang menyertai latihan khidmat ketenteraan kini pun turut sama menyertai mereka, mungkin pada hari cutinya.

 

View this post on Instagram

 

그대의 머리에 건배

A post shared by 이민호 leeminho (@actorleeminho) on

Walaupun tak nampak kelibat Kim Go-eun, wanita itu dikhabarkan sebagai individu yang menangkap gambar indah tersebut.

Rata-rata peminat nyata gembira melihat para pelakon ini yang mengekalkan hubunagn yang baik meskipun drama popular itu sudah lama menamatkan tayangan.

Nak tak tengok mereka berlakon bersama lagi?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...