Terbukti Popular! Lisa BLACKPINK Jadi Selebriti Di Korea Pertama Cecah 40 Juta Pengikut Di Instagram

lisa cecah 40 juta pengikut di instagram

BLACKPINK memang cukup popular dan di dalamnya pula, Lisa juga merupakan antara idola yang sering menjadi sebutan ramai. Mungkin kerana kecantikannya dan mungkin juga kerana kehebatannya menyanyi rap sehingga membuatkan lagu kumpulan itu menjadi ekstra sedap!

Punyalah popular gadis kelahiran Thailand ini apabila dikhabarkan bahawa dia merupakan satu-satunya idola Korea yang meraih pengikut Instagram melebihi 40 juta individu. Dahsyat kan angka tersebut?

Malah dia juga merupakan artis Thailand yang mempunyai pengikut teramai di laman media sosial itu di samping menduduki tangga ke-13 dengan jumlah pengikut paling tinggi dalam kalangan selebriti serantau Asia.

Betul punya hebat penangan Lisa ini kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Leave a Reply