Ikuti Kami:

Teori ‘The Penthouse 3’: Diselamatkan Oleh Alex, Oh Yoonhee Bakal Hidup Semula?

Teori ‘The Penthouse 3’: Diselamatkan Oleh Alex, Oh Yoonhee Bakal Hidup Semula?

Dah nak habis pun, tetapi “The Penthouse 3” tetap dipenuhi dengan saspens dan tanda tanya.

Terbaru, terdapat spekulasi daripada peminat yang mengatakan bahawa Oh Yoon-hee (Eugene) sebenarnya telah diselamatkan daripada dibunuh Cheon Seo-jin (Kim So-yeon).

Menurut video yang dimuat naik di YouTube itu, individu berkenaan yang menamakan dirinya Jam Jam mengatakan bahawa Oh Yoon-hee berkemungkinan besar diselamatkan oleh Alex iaitu kembar Logan Lee (Park Eun-seok).

Saya menjumpai dua babak pelik yang membuatkan kami membayangkan siapakah penyelamat Oh Yoon-hee.

the penthouse 3

Melihatkan babak wanita itu yang sibuk mengumpulkan bukti terhadap kesalahan Joo Dan-tae, Jam Jam mengatakan bahawa mungkin ia adalah atas arahan seseorang.

Saya rasa Alex menghubungi Oh Yoon-hee untuk membongkar kematian Logan Lee dan telah menyelamatkan wanita sekali di dalam proses berkenaan. Alex mungkin sedar tentang kewujudan Oh Yoon-hee semasa menjejaki 10 bilion milikan Logan Lee yang lesap secara tiba-tiba.

Dalam pada itu, penonton juga tak sabar menantikan apa lagi plot twist yang bakal disajikan oleh “The Penthouse 3”. Malah ada yang mengatakan bahawa drama ini pelik sekiranya ada yang mati tetapi tidak dihidupkan kembali.

Berbaki 6 episod, sama-sama kita nantikan perkembangan drama popular ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...