Ikuti Kami:

Tengok Pun Penat! Ini Antara 10 Lagu K-Pop Dengan Tarian Paling Sukar

Tengok Pun Penat! Ini Antara 10 Lagu K-Pop Dengan Tarian Paling Sukar

Semakin hari, semakin ramai kumpulan K-Pop yang menonjolkan bakat mereka yang luar biasa!

Bukan sahaja dari segi vokal nyanyian yang lunak, malahan tarian lagu K-Pop ini turut menjadi perhatian.

Kali ini, Kimchi Daily ingin berkongsi antara 10 lagu K-Pop dengan tarian paling sukar untuk diikuti. Penonton yang tengok pun penat tau! Jom lihat senarai di bawah:

1. RED VELVET (IRENE & SEULGI) – NAUGHTY

Lagu “Naughty” milik kumpulan sub-unit RED VELVET Irene dan Seul-gi adalah salah satu lagu K-Pop dengan tarian paling sukar untuk diikuti. Ini adalah kerana, ia mengambil masa yang lama untuk menghafal kedudukan tepat tangan seiring dengan rentak lagu. Segala perincian harus diberikan tumpuan untuk menghasilkan persembahan yang sempurna.

2. LOONA – BUTTERFLY

Lebih ramai ahli dalam suatu kumpulan itu, lagi sukarlah untuk memastikan bahawa pergerakan tarian yang dilakukan oleh semua ahli kelihatan ‘sync’ atau serentak. Namun nampaknya kumpulan LOONA telah berjaya untuk menyempurnakan pergerakan untuk lagu “Butterfly” dengan kesemua 12 ahli. Fuhh meremang tengok!

3. BTS – BLOOD, SWEAT & TEARS

“Blood, Sweat & Tears” merupakan salah satu lagu BTS dengan tarian sukar kerana ada banyak perubahan formasi berterusan sepanjang lagu. Bagaimanapun, ahli BTS nampaknya tidak mempunyai kesukaran untuk melaksanakannya dengan sempurna. Cuba tonton di atas!

4. TAEMIN – MOVE

Walaupun tarian bagi “MOVE” kelihatan mudah apabila melihatnya, namun sukar untuk diikuti kerana ianya memerlukan sejumlah besar kawalan badan, dan pergerakan pinggul.

5. SEVENTEEN – DON’T WANNA CRY

Tidak dinafikan bahawa tarian untuk semua lagu SEVENTEEN adalah sukar dan “Don’t Wanna Cry” merupakan salah satu daripadanya. Lebih-lebih lagi, di bahagian korus lagu yang melibatkan banyak ‘popping’, iaitu kemahiran yang kebanyakan orang mengalami kesukaran untuk lakukan. Untuk pengetahuan, Hoshi sendiri merupakan koreografer tarian untuk lagu ini. Hebat!

6. NMIXX – O.O

Baru sahaja membuat penampilan pertama, NMIXX nampaknya telah menonjolkan bakat tarian mereka yang penuh semangat dengan lagu debut “O.O”. Apabila mereka mengeluarkan lagu itu pada awalnya, tariannya yang sukar telah berjaya mencuri perhatian orang ramai!

7. HOSHI – SPIDER

Merupakan salah satu penari utama kumpulan SEVENTEEN, Hoshi telah membuktikan bakatnya yang luar biasa dalam bidang tarian dengan lagu solonya “Spider”.

8. ITZY – WANNABE

Tarian ‘bahu’ ikonik yang menjadi viral pada ketika lagu ini dikeluarkan telah menjadi antara lagu ITZY yang paling popular kini. Tambahan pula, koreografi untuk lagu ini memang sangat ‘catchy’ dan membuktikan kumpulan itu sebagai salah satu kumpulan dengan 5 penari hebat!

9. GFRIEND – LOVE WHISPER

Sejak debut lagi, GFRIEND sememangnya terkenal dengan gerakan tarian mereka yang selaras dan ‘bersih’. Meskipun banyak perubahan kedudukan yang perlu dilakukan ketika menari, kesemua 6 ahli nampaknya tidak mempunyai masalah untuk kekal bertenaga dari awal hingga akhir!

10. AleXa – BOMB

AleXa penyanyi solo yang bernaung di bawah ZB Label kini, telah berjaya mendominasi pentas setiap kali membuat persembahan. Sangat mudah untuk melihat bahawa kemahiran tarian AleXa hampir tidak dapat ditandingi, terutamanya dengan lagu debutnya “Bomb”. Cuba la korang tonton video di atas ni, kita yang tengok pun penat tau!

Lagu K-Pop mana lagi korang rasa mempunyai tarian yang sukar?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...