Ikuti Kami:

Temui Penonton 6 Kali Seminggu, Seo Jungyeon Bintangi 3 Drama Dalam Satu Masa Kini

Temui Penonton 6 Kali Seminggu, Seo Jungyeon Bintangi 3 Drama Dalam Satu Masa Kini

Pelakon Seo Jung-yeon nampaknya sibuk menemui penonton menerusi pelbagai drama kini.

Sebelum ini, Seo Jung-yeon telah tampil dalam drama “Shadow Detective” dan “Reborn Rich”, di mana dia muncul sebagai Yoo Hyun-woo iaitu ibu kepada Song Joong-ki.

Pada tahun ini, Seo Jung-yeon kembali aktif dengan membintangi tiga drama yang ditayangkan pada masa yang sama.

Pertama dalam drama Isnin-Selasa “Trolley”, dia memainkan watak Hyun Yeo-jin, seorang penyokong kuat kepada Joong-do (Park Hee-soon) dan isterinya Hye-joo (Kim Hyun-joo).

Kemudian dalam drama Rabu-Khamis “Understanding of Love”, Seo Jung-yeon menghidupkan watak Han Jung-im, ibu kepada Ha Sang-soo (Yoo Yeon-seok), yang membesarkan anaknya seorang diri.

seo jungyeon

Seterunsya pada hari Jumaat-Sabtu, Seo Jung-yeon tampil dalam drama “Payback” dengan wataknya sebagai Eun Ji-hee, yang kerap minum alkohol sepanjang hidupnya untuk mendapatkan wang. Apabila dia berumur 40 tahun, dia diadiagnosis dengan demensia alkohol.

Menemui penonton sepanjang minggu dengan pelbagai watak, ramai yang memuji kemahiran lakonan Seo Jung-yeon. Jadi, perhatian diberikan kepada bagaimana pelakon itu akan mengekalkan prestasi baiknya pada masa hadapan.

Korang tonton Seo Jung-yeon dalam drama apa sekarang?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...