Ikuti Kami:

Telan Belanja RM141 Juta, Drama Fantasi ‘Bulgasal’ Dipuji Epik

Telan Belanja RM141 Juta, Drama Fantasi ‘Bulgasal’ Dipuji Epik

Nampaknya “Bulgasal” merupakan pertaruhan baru tvN bagi genre fantasi. Bahkan ia menjadi perhatian ramai sejak awal pengumuman kerana kos produksi yang menelan belanja sebanyak 40 bilion won (RM141 juta).

Sama-sama ditayangkan dengan “Snowdrop” namun “Bulgasal” tidak kalah dengan perhatian diterima drama JTBC itu dek kontroversi yang terpalit ke atasnya. Bahkan hanya respon positif yang diberikan buat naskhah fantasi berkenaan, dari barisan pelakon ke perkembangan plotnya.

Bukan sahaja jalan cerita yang memukau, “Bulgasal” dilengkapi dengan kru produksi hebat seperti pengarah Jang Young-woo (“Mr. Sunshine”, “Sweet Home”) serta penulis duo Kim Jae-hyun dan Kim Young-kyu.

tvn bulgasal

Teraju utamanya iaitu Lee Jin-wook, Kwon Na-ra, Lee Joon dan Gong Seung-yeon juga merupakan ramuan tambahan yang menambah rasa secukupnya buat naskhah ini. Tak kira watak antagonis mahupun protagonis, kesemua mereka menjiwai watak sebaik mungkin lantas membuatkan penonton lebih ‘tenggelam’ apabila menonton “Bulgasal”.

Selain itu, dengan bajet yang menelan ratusan juta, ianya dapat dilihat dengan jelas menerusi suntingan efek grafik (CGI) selain latar belakang yang cantik sekaligus menambahkan seri drama ini.

Rating “Bulgasal” juga menduduki lingkungan peratus yang memuaskan iaitu antara 4% ke 6%. Satu angka yang baik bagi drama yang ditayangkan di saluran kabel. Jika prestasi ini dikekalkan, tak mustahil ia akan menjadi drama yang diingati ramai nanti.

tvn bulgasal

Untuk pengetahuan, drama fantasi ini mengisahkan dua watak utama di mana seorangnya ialah wanita yang telah melalui beberapa kali kelahiran semula sepanjang 600 tahun lamanya dan mengingati kesemua kehidupan lampaunya. Manakala watak kedua ialah seorang lelaki yang telah hidup sebagai ‘bulgasal’ (makhluk yang hidup menjamah darah manusia dan disumpah dengan kehidupan selamanya) selama 600 tahun.

Korang layan tak drama ini?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...