Ikuti Kami:

“Tekaan Anda Mungkin Betul Atau Tidak” – Penulis Minta Penonton Nantikan Ending ‘The Penthouse 3’

“Tekaan Anda Mungkin Betul Atau Tidak” – Penulis Minta Penonton Nantikan Ending ‘The Penthouse 3’

Pastinya semua dah mula mempunyai banyak persoalan selepas menyaksikan episod pertama “The Penthouse 3” kan?

Baru-baru ini, penulis Kim Sun-ok yang bertanggungjawab menggarap drama popular ini telah duduk dan memberikan penjelasan mengenainya.

Menurutnya, musim pertama “The Penthouse” ialah mengenai ‘kemahuan manusia yang tiada penghujungnya’ dan musim kedua pula ialah ‘pembalasan dosa’.

Tak kisahlah jika seseorang itu mempunyai 1 kotak ataupun 99 kotak, sepertinya manusia tidak gembira kerana kekurangan mereka dan terus berdosa kerana tidak mencapai kegembiraan. Seseorang yang mempunyai 10 rumah tidak akan gembira apabila tidak mampu membeli lagi satu rumah dan seseorang yang disayangi oleh seratus orang kan berasa tidak gembira apabila ada seorang yang tidak menyayanginya.

sbs the penthouse 3

Apabila ditanya mengenai tema musim ketiga, ini jawab Kim Sun-ok,

Tema musim ketiga ialah ‘kemusnahan’. Apabila manusia berdosa, dunia akan runtuh, Namun dalam situasi yang teruk, dunia dan syurga baru akan terbuka dan benih baru akan muncul di antara tanah yang mula runtuh.

Kim Sun-ok juga tidak lupa untuk meninggalkan pesanan kepada peminat “The Penthouse”,

Terima kasih kerana menunggu selama 2 bulan lamanya. Kesemua pelakon, penulis, pengarah dan staf akan melakukan yang terbaik sehingga ke akhirnya. Sila nantikan bagaimana nasib setiap watak pada akhirnya nanti. Tekaan anda mungkin betul ataupun tidak, namun saya berharap agar penghujungnya akan membuatkan anda teruja, walaupun seketika.

Apalah endingnya nanti ya..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...