Ikuti Kami:

Taylor Swift Tewas, YouTube Sahkan ‘LALISA’ Rekod Tontonan Tertinggi Dalam 24 Jam Bagi Artis Solo

Taylor Swift Tewas, YouTube Sahkan ‘LALISA’ Rekod Tontonan Tertinggi Dalam 24 Jam Bagi Artis Solo

Lisa BLACKPINK sememangnya seorang yang digeruni oleh idola lain! Tengok sahajalah pencapaiannya selepas meriliskan lagu solo ‘LALISA’ baru-baru ini.

Meskipun sudah menjadi sebutan ramai, YouTube akhirnya mengesahkan bahawa muzik video lagu tersebut telah mencatatkan sebanyak 73.6 juta tontonan dalam masa 24 jam selepas ia diriliskan.

Ini ialah rekod global baru buat penyanyi solo selepas rekod itu disandang oleh Taylor Swift untuk lagu ‘ME!’ yang dicatatkan pada 2019 dengan tontonan sebanyak 65.2 juta. Jika dikira dengan pencapaian BLACKPINK, Lisa duduk selesa di tangga ke-6.lalisaLebih mengagumkan, muzik video ‘LALISA’ mencatatkan lebih 100 juta tontonan dalam masa dua hari sekaligus menjadikan ia sebagai muzik video artis solo pertama yang mencapai rekod hebat ini.

Bukan itu sahaja, album fizikal untuk solo Lisa ini turut mencapai jumlah pra-tempahan sebanyak 700,000 selepas 4 hari ia dibuka.

Dahsyat betul Lisa kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...