Ikuti Kami:

Tayangan Awal ‘Taxi Driver’ Terus Raih Rating Tinggi, Penonton Puas Hati Dengan Plot Cerita & Lakonan

Tayangan Awal ‘Taxi Driver’ Terus Raih Rating Tinggi, Penonton Puas Hati Dengan Plot Cerita & Lakonan

Boleh tahan teruja apabila Lee Je-hoon dikhabarkan bakal menerajui sebuah drama baru selepas 3 tahun menyepikan diri daripada dunia k-drama.

Sinopsis

Daripada webtoon dengan nama yang sama, “Taxi Driver” membawa kisah satu perkhidmatan teksi misteri di mana ia membalas dendam bagi pihak mangsa yang tidak dapat keadilan daripada undang-undang.

sbs taxi driver

Episod awal mengujakan

“Taxi Driver” nyata tidak menghampakan dengan episod pengenalannya. Padat dengan pelbagai aksi dan plot balas dendam, penonton di rumah jelas puas hati dengan misi ‘Rainbow Taxi Company’ dalam membantu mangsa teraniaya.

Bahkan lakonan Lee Je-hoon, Esom, Pyo Ye-jin dan Kim Eui-sung yang mantap membuatkan para penonton semakin ‘tenggelam’ dalam menghayati drama ini. Best! Walaupun puas hati dengan cara pembalasan dendam mereka, namun ramai yang turut terkesan dengan emosi yang ditonjolkan oleh klien syarikat teksi tersebut memandangkan mereka terpaksa melalui kes berat seperti serangan seksual dan penderaan.

sbs taxi driver

Rating ‘meletup’

Diadaptasi daripada webtoon popular, ramai yang sudah menjangkakan kejayaan “Taxi Driver”. Walaupun menggantikan slot drama popular “The Penthouse” namun drama ini tetap mampu membuktikan kehebatannya.

Menurut Nielsen Korea, episod pertama “Taxi Driver” terus melangkah hebat apabila berjaya meraih rating dua digit iaitu 8.7% dan 10.7%. Malah ianya terus menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan apabila episod keduanya mencatatkan rating 7.3% dan 13.5%. Wow!

Memang rugi kalau korang pandang sebelah mata sahaja drama ini. Jadinya, cepat layan “Taxi Driver” sekarang. Dijamin pasti tersangkut punya!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...