Utama Drama Korea Tayang Di tvN, Lee Dongwook & Han Jieun Terajui Drama Adiwira ‘Bad...

Tayang Di tvN, Lee Dongwook & Han Jieun Terajui Drama Adiwira ‘Bad And Crazy’

tvn bad and crazy

Dah ramai ke yang rindu nak tengok Lee Dong-wook kembali berlakon?

Khabarnya, lelaki itu dan Han Ji-eun bakal mengemudi drama “Bad And Crazy” yang bakal diprogramkan sebagai siri tvN pada slot tayangan Jumaat-Sabtu.

Menurut sumber, drama ini merupakan siri adiwira di mana ianya mengisahkan protagonis yang menjalani kehidupannya sebagai detektif yang materialistik. Namun pada suatu hari, dia berubah menjadi adiwira yang menentang korupsi dalam institusi kepolisan menggunakan persona misteri iaitu ‘K’.

tvn bad and crazy

Lee Dong-wook dikhabarkan bakal membawa watak Soo-yeol manakala Han Ji-eun pula sebagai Hee-gyeom. Selain mereka, Wi Ha-joon dan Cha Hak-yeon juga merupakan antara barisan pelakon drama tersebut. Dalam pada itu, mereka dikatakan sedang menjalani penggambaran kini.

Bermula dengan “Voice 4”, tvN memulakan slot tayangan ini dengan masa hadapan yang terjamin. Bakal digantikan oleh “Yumi’s Cells” selepas ini, “Bad And Crazy” akan ditayangkan sebelum “Happiness” (diterajui Park Hyung-sik dan Han Hyo-joo).

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERSports Chosun
Loading...