Ikuti Kami:

Tayang Banyak Babak Sensitif, Ribuan Penonton Komen & Minta SBS Batalkan Drama ‘Backstreet Rookie’

Tayang Banyak Babak Sensitif, Ribuan Penonton Komen & Minta SBS Batalkan Drama ‘Backstreet Rookie’

Rasanya ramai yang terkejut apabila mengetahui drama baru Ji Chang-wook iaitu “Backstreet Rookie” menerima kecaman hebat daripada penonton kerana menayangkan pelbagai babak yang tidak sesuai untuk tontonan penonton.

Ramai yang meluahkan rasa marah itu kerana mereka sepertinya tidak mengambil berat isu sensitif yang melibatkan ramaja bawah umur apabila menyelitkan adegan ciuman di antara watak Kim Yoo-jung (15 tahun ketika itu) dan Ji Chang-wook (27 tahun ketika itu).

backstreet rookie dikecam

Malahan pengarah drama tersebut dikritik kerana merakamkan babak pelajar sekolah iaitu Eun-byeol dan rakan-rakannya sedang berkaraoke. Nampak seperti tidak bermasalah tetapi tindakan jurukamera yang menggunakan teknik rakaman yang tidak sepatutnya apabila asyik merakamkan gadis tersebut daripada bawah ke atas bahagian dadanya telah menimbulkan kemarahan ramai.

backstreet rookie dikecam

Rata-rata peminat sebenarnya membantah webtoon asal “Convenience Store Saet-byul” diadaptasikan kepada drama dek kandungannya yang mengobjektifikasikan wanita dan berbaur lucah. Namun pengarah Lee Myung-woo menegaskan bahawa dia berminat dengan naskhah itu kerana tertarik dengan persona ‘kedai serbaneka’. Bahkan pengarah ini turut berjanji akan mengubah inti patinya agar sesuai ditonton oleh seisi keluarga tapi nampaknya janji hanya tinggal janji.

webtoon convenience store saet-byul

Selepas tamat sahaja tayangan “Backstreet Rookie”, penonton telah membanjiri papan buletin SBS dengan ribuan komen yang meminta drama tersebut supaya dibatalkan tayangannya.  Malahan aduan turut disampaikan kepada Suruhanjaya Komunikasi Korea (KSC) bagi memberikan tindakan disiplin kepada drama lakonan Ji Chang-wook dan Kim Yoo-jung kerana beberapa babak tidak sensitif ini.

backstreet rookie dikecam

Walaubagaimanapun, episod kedua drama tersebut melihatkan perkembangan yang baik selain meraih rating yang lebih tinggi berbanding episod pertamanya.

Nantikan penjelasan rasmi daripada pihak produksi “Backstreet Rookie” mengenai isu ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...