Ikuti Kami:

Tayang 2024, Lee Dongwook & Kim Hyejun Sah Terajui ‘The Murderer’s Shopping Mall’

Tayang 2024, Lee Dongwook & Kim Hyejun Sah Terajui ‘The Murderer’s Shopping Mall’

Siap sedia untuk K-Drama baru bakal ditayangkan di Disney+ pada 2024 nanti!

Terbaru, Disney+ telah mengumumkan bahawa siri asal “The Murderer’s Shopping Mall” akan menemui penonton pada tahun 2024 nanti.

Untuk pengetahuan, “The Murderer’s Shopping Mall” yang diterajui Lee Dong-wook dan Kim Hye-jun, adalah drama berdasarkan novel Kang Ji-young dengan nama yang sama, mengisahkan tentang seorang gadis yang kehilangan ibu bapanya dan dibesarkan oleh bapa saudaranya yang mengusahakan pusat beli-belah.

Dalam drama ini, Lee Dong-wook memainkan watak sebagai bapa saudara Jung Jin, yang secara rahsia mengendalikan pusat beli-belah yang mencurigakan dan telah menjaga anak saudaranya yang yatim piatu.

the murderer's shopping mall

Manakala Kim Hye-jun akan menghidupkan watak Jung Ji-an, anak saudara Jung Jin yang kehilangan ibu bapanya dan dibesarkan di bawah jagaan bapa saudaranya yang luar biasa.

Nantikan “The Murderer’s Shopping Mall” bakal disiarkan pada 2024 ini!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...