Ikuti Kami:

Tarikh Tayangan Perdana ‘Melancholia’ Ditunda Ke 10 November

Tarikh Tayangan Perdana ‘Melancholia’ Ditunda Ke 10 November

Ramai kan tak sabar nantikan tayangan “Melancholia” yang diterajui oleh Im Soo-jung dan Lee Do-hyun?

Tapi sayangnya, anda mungkin terpaksa bersabar sedikit lagi kerana diumumkan bahawa drama itu akan menunda tayangan selama seminggu. Asalnya 3 November namun “Melancholia” akan menemui penonton 10 November nanti kerana beberapa staf produksi disahkan positif COVID-19.

Selepas beberapa kes dikenalpasti dalam kalangan staf ‘Melancholia’, kakitangan dan pelakon lain disahkan negatif melainkan mereka bertiga sahaja.

tvn melancholia

Pihak mereka kemudiannya memilih untuk menunda tayangan bagi meletakkan kesihatan sebagai keutamaan selain memastikan produksi berada dalam keadaan stabil. Selain itu, pihak “Melancholia” turut berjanji akan melakukan yang terbaik dan mengikut segala peraturan keselamatan yang ditetapkan kerajaan.

Untuk pengetahuan, “Melancholia” berlatar belakangkan sekolah menengah swasta yang korup dek kemasukan ikut keutamaan. Ianya akan membawa kisah seorang guru matematik dan pelajar matematik genius yang menyentuh perasaan.

Sabar seminggu sahaja lagi.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...