Ikuti Kami:

Tangkap Suami & Rakan Baik Curang, 15 Minit Babak Makian Hong Soohyun Dalam ‘Red Balloon’ Tular

Tangkap Suami & Rakan Baik Curang, 15 Minit Babak Makian Hong Soohyun Dalam ‘Red Balloon’ Tular

Hati siapa yang tak sakit apabila kepercayaan yang diberikan dikhianati?

Sama juga yang berlaku dengan watak Han Ba-da (Hong Soo-hyun) dalam drama “Red Balloon” di mana kecurangan suaminya, Go Cha-won (Lee Sang-woo) dan teman baiknya, Jo Eun-kang (Seo Ji-hye) akhirnya terbongkar.

Tidap dapat menahan rasa marah, wanita itu menampar Jo Eun-kang di dalam kafe penuh dengan pelanggan. Malah dia turut menampar suaminya kerana sanggup melakukan perbuatan jijik itu dibelakangnya.

tv chosun red balloon

Lebih mengagumkan apabila Hong Soo-hyun berjaya memaparkan babak tegang itu dengan hebat apabila dia mampu meluahkan segala makian dan kemarahan buat kedua mereka selama 15 minit lamanya.

Komen penonton melihat ekspresi ‘mendalam’ wanita itu yang mampu berubah daripada ketawa, menangis dan marah,

Hebat betul babak ini.

 

Saya kasihan dengan watak Hong Soo-hyun.

 

Hong Soo-hyun memang hebat berlakon.

 

Wow, dialognya berlangsung selama 15 minit.

 

Ni dah macam satu watak satu babak. Macam mana dia hafal kesemua dialog? Bijaknya Hong Soo-hyun.

tv chosun red balloon

Dalam pada itu, episod terbaru “Red Balloon” ini berjaya meraih rating tertinggi sepanjang tayangannya dengan catatan 8.9%.

Penat tengok dia baca semua dialog!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...