Ikuti Kami:

Tangkap Lelaki Rakam Wanita Secara Haram, Tindakan Berani Pelakon Kim Minseok Dipuji

Tangkap Lelaki Rakam Wanita Secara Haram, Tindakan Berani Pelakon Kim Minseok Dipuji

Jenayah merakam tanpa pengetahuan memang merupakan satu isu yang kian berleluasa di Korea. Tapi tak sangka salah seorang penjenayah itu berjaya dibanteras oleh pelakon lelaki yang kian meningkat naik kini.

Menurut satu laporan portal media, pelakon Kim Min-seok yang sedang berada dalam sebuah kafe di kawasan kejiranan Apgujeong tanpa sengaja ternampak seorang lelaki sedang merakam bahagian kaki seaorang wanita lain. Pelakon itu dikhabarkan telah menahan pesalah tersebut supaya dia tidak dapat melarikan diri dan kemudiannya menghubungi pihak polis.

Wakil bagi pihak Kim Min-seok turut mengesahkan laporan tersebut.

Kim Min-seok sedang berada di sebuah kafe semasa dia menghabiskan cuti terakhir sebelum menamatkan latihan ketenteraan dan telah ternampak seseorang deang merakam secara haram badan seorang wanita lain. Dia menangkapnya dan menyerahkan pesalah tersebut kepada polis.

kim minseok tangkap penjenayah rakam badan wanita lain secara haram

Bahkan selepas diselongkar, pihak polis menemui banyak lagi gambar bahagian badan wanita lain di dalam telefon bimbit lelaki tersebut.

Kalau anda nak tahu, pelakon ini sudah pun menamatkan latihan ketenteraan wajib pada 20 Julai iaitu sehari selepas insiden tersebut berlaku. Manakala hal ini didedahkan kepada umum pada hari ini (21 Julai).

Rata-rata peminat dan netizen meluahkan rasa bangga dengan tindakan berani lelaki itu dalam menangani penjenayah tersebut. Bahkan ramai yang dah tak sabar nak tengok Kim Min-seok kembali menghiasi mana-mana K-Drama.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...