Ikuti Kami:

Tangguh Penggambaran Dek COVID-19, Episod Awal ‘Private Life’ Ditunda Hampir Sebulan Daripada Tarikh Asal

Tangguh Penggambaran Dek COVID-19, Episod Awal ‘Private Life’ Ditunda Hampir Sebulan Daripada Tarikh Asal

Dek gelombang pandemik COVID-19 yang kian membimbangkan di Korea, tak sangka industri drama di sana juga terjejas juga. Berikutan dengan itu, banyak produksi yang terpaksa menangguhkan penggambaran sehingga mengharu-birukan jadual tayangan pelbagai drama baru.

Antara naskhah yang terjejas ialah “Private Life” yang dibintangi oleh Go Kyung-pyo dan Seo-hyun (Girls’ Generation). Drama ini membawa kisah para penipu di seluruh pelosok Korea terjumpa dengan ‘kehidupan peribadi’ negara dan memulakan misi untuk membongkarnya. Walaubagaimanapun, pengembaraan itu ternyata sukar kerana mereka perlu menggunakan semua kemahiran yang ada untuk berhadapan dengan syarikat korporat besar.

Lee Jung-hwan (Go Kyung-pyo) meskipun nampak seperti seorang kakitangan biasa tapi sebenarnya seorang yang dipenuhi misteri. Manakala Cha Joo-eun (Seo-hyun) pula ialah seorang penipu yang memiliki rupa paras yang cantik dan naif selain turut mencari rezeki dengan kehebatannya menipu.

jtbc private life

Walaupun sepatutnya memulakan tayangan pada 18 September ini tapi menerusi kenyataan rasmi, tayangan perdana “Private Life” ditunda ke 7 Oktober nanti. Hampir sebulan lamanya ianya ditangguhkan!

Apa pun, jangan lupa saksikan drama hebat ini nanti di JTBC!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...