Ikuti Kami:

Tampil Memakai Bikini, Foto Seksi Song Jihyo Ketika Berusia 20-an Kembali Jadi Perhatian

Tampil Memakai Bikini, Foto Seksi Song Jihyo Ketika Berusia 20-an Kembali Jadi Perhatian

Sentiasa memakai pakaian yang menutup bentuk badan, ramai yang tidak tahu bahawa Song Ji-hyo memiliki siluet seksi yang menjadi idaman semua wanita di luar sana.

Aktif sejak berusia 20-an dalam dunia seni, pelakon wanita itu sebenarnya popular sebagai model yang sering digunakan untuk pelbagai jenama popular termasuklah sebagai teraju filem.

Antara naskhah yang melonjakkan namanya ialah “Sex Is Zero 2”, di mana dia bergandingan bersama Im Chang-jung yang 8 tahun lebih tua darinya.

song jihyo

Baru-baru ini, foto Song Ji-hyo yang hanya memakai bikini kembali tular di serata laman komuniti di Korea. Disebabkan oleh latihan renang yang intensif untuk membawa watak Kyung-ah iaitu perenang di dalam naskhah itu, peminat nyata tidak dapat menyembunyikan rasa kagum melihatkan badan wanita tersebut yang kelihatan fit dan menawan.

Song Ji-hyo memang cantik pun!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...