Siapa tak kenal dengan pelakon kacak iaitu Park Bogum? Mula menempa nama menerusi drama “Hello Monster” dan kemudiannya “Reply 1998” pada tahun 2015, pelakon lelaki itu terus berdiri tinggi dalam dunia drama Korea.
Disebabkan oleh usianya yang kini sudah menginjak ke 30-an (27 tahun), ramai yang sudah bertanya mengenai latihan khidmat ketenteraan wajibnya. Tambahan pula, Park Bogum yang tampil dengan rambut pendek semasa kemunculan istimewanya dalam drama “Itaewon Class” baru-baru ini membuatkan ramai yang menebak bahawa lelaki itu bakal menyertai kem tentera tidak lama lagi.
Walaubagaimanapun, agensi naungannya iaitu Blossom Entertainment telah menafikan spekulasi ini.
Kami belum lagi menerima notis masuk tentera, tiada lagi yang boleh disahkan buat masa ini.
Mulanya khabar angin ini apabila banyak saluran media mengeluarkan berita mengenai latihan khidmat kententeraan Park Bogum. Pelakon itu dikatakan akan memasuki tentera pada musim panas ini selepas selesai penggambaran filem terbaru iaitu “Wonderland” pada April nanti.
Belum lagi rasanya, sebab Park Bogum pun sedang sibuk dengan penggambaran drama terbaru “Record Of Youth” bersama Park Sodam.
Sumber: Instagram