Ikuti Kami:

Tampil 35KG Lebih Berat, Penonton Puji Park Siyeon Buat Kemunculan Istimewa Dalam ‘Birthcare Center’

Tampil 35KG Lebih Berat, Penonton Puji Park Siyeon Buat Kemunculan Istimewa Dalam ‘Birthcare Center’

Seronok betul tengok drama “Birthcare Center”, macam-macam perkara mengenai kelahiran, ibu dan bayi yang kita boleh pelajari dalam drama ini.

“Birthcare Center” membawa kisah Oh Hyun-jin (Uhm Ji-won) ialah seorang eksekutif muda di syarikatnya dan merupakan seorang yang serba boleh namun menemui satu kelemahan apabila melahirkan anak pertamanya. Bagi menguruskan keadaan dirinya selepas bersalin, dia telah memasuki sebuat pusat penjagaan selepas bersalin dan juga merupakan yang paling tua di pusat tersebut. Di situ, dia mengenali Jo Eun-jung (Park Ha-sun) yang menjadi ‘guru’ kepada ibu lain dek pengetahuannya yang banyak. Bersama-sama mereka mempelajari mengenai dunia membesarkan anak.

Terbaru, “Birthcare Center” mendapat perhatian ramai apabila menampilkan pelakon cantik Park Si-yeon sebagai watak istimewa iaitu pelakon terkenal Han Hyo-rin. Rata-rata penonton terkejut melihat wanita itu yang muncul dengan kostum bagi menampakkan dia lebih berat 35kg.

park siyeon birthcare center

Menurut drama itu, Han Hyo-rin mengalami simptom demikian selepas melahirkan anak. Sebagai figura terkenal, dia nyata malu dengan keadaan dirinya itu. Penonton yang menonton episod tersebut meluahkan rasa kagum melihat Park Si-yeon yang tak kisah tampil sedemikian meskipun perlu bersiap lama walaupun hanya sebagai watak istimewa.

park siyeon birthcare center

Hebat betul Park Si-yeon kerana sanggup memberikan persembahan yang terbaik walaupun hanya watak istimewa.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...