Meskipun sibuk dengan pelbagai perkara kini termasuklah konflik dengan bekas agensi dan persiapan perkahwinan bersama Lee Da-in, Lee Seung-gi tidak kisah tampil di khalayak umum.
Tampil di hadapan ramai untuk sidang media rancangan realiti ‘PEAK TIME’, lelaki itu menarik perhatian semua memandangkan tampil dengan rambut yang lebat walaupun botak di penghujung tahun lalu.
Jelasnya pada wartawan,
Saya mencukur rambut untuk penggambaran filem. Tapi demi menghormati pihak produksi, saya memakai rambut palsu. Hebat kan?
Puji Tiffany Young di sebelahnya,
Nampak macam rambut sebenar.
Dalam pada itu, ‘PEAK TIME’ ialah rancangan realiti terbaru di JTBC yang mengetengahkan mengenai idola.
Nampak real?
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉