Ikuti Kami:

Tamat Sempurna, Episod Akhir ‘Hospital Playlist 2’ Raih Rating Tertinggi

Tamat Sempurna, Episod Akhir ‘Hospital Playlist 2’ Raih Rating Tertinggi

12 episod menemani semua, akhirnya “Hospital Playlist” mengucapkan selamat tinggal kelmarin.

Sinopsis

Drama ini mengisahkan lima sekawan yang menempuhi zaman universiti sehingga kini menjadi doktor terbaik di sebuah hospital yang sama.

Bahagia semuanya

[Amaran SPOILER]

Uniknya drama perubatan ini ialah kerana ketenangan yang dipaparkan pada saban episod. “Hospital Playlist” membuktikan bahawa sesebuah drama tidak perlu diselit banyak momen dramatik bagi menarik perhatian ramai.ending hospital playlist 2Meskipun beberapa pasangan mempunyai komplikasi hubungan sejak musim pertama namun pengakhiran musim kedua ini tersimpul indah buat semuanya. Malah permintaan penonton untuk melihat watak utama serta watak sampingan untuk mengecap bahagia direalisasikan akhirnya.

Mungkin ada persoalan lain yang bermain di minda penonton namun babak ending di mana Lee Ik-jun (Jo Jung-suk), Chae Song-hwa (Jeon Mi-do), Kim Jun-wan (Jung Kyung-ho), Ahn Jeong-won (Yoo Yeon-seok) dan Yang Seok-hyung (Kim Dae-myung) memandang matahari terbenam menggambarkan kehidupan mereka yang sempurna kini.ending hospital playlist 2

Rating membanggakan

Sejak daripada musim pertama lagi, “Hospital Playlist” sudah pun menunjukkan kepopularitiannya kerana catatan rating yang memberangsangkan.

Untuk episod akhir, drama perubatan ini berjaya meraih rating sebanyak 14.08% sekaligus menjadikan ia sebagai rekod terbaik yang pernah dicatatkan pada musim ini. Walaubagaimanapun, rekod terbaik kekal dipegang oleh episod akhir musim pertama dengan catatan 14.14%.

Mampu menyembuhkan hati ramai penonton, “Hospital Playlist” pasti akan sentiasa bermain di fikiran penonton kan? Semoga akan ada musim ketiga nanti.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...