Ikuti Kami:

Tamat Minggu Ini, Pihak Produksi Umum ‘Happiness’ Tidak Akan Ada Sambungan

Tamat Minggu Ini, Pihak Produksi Umum ‘Happiness’ Tidak Akan Ada Sambungan

Tidak dinafikan bahawa terdapat pelbagai K-Drama menarik yang sedang ditayangkan kini.

Antara yang menjadi sebutan ramai ialah drama misteri apokalips iaitu “Happiness”. Ianya membawa kisah kelas sosial yang membezakan manusia dalam sebuah kehidupan baru apabila diselubungi virus membunuh selepas COVID-19.

Sudah pun memasuki 10 episod, naskhah ini ternyata padat dengan pelbagai perangai manusia yang tamak dan hanya memikirkan diri sendiri apabila diserang virus merbahaya. Disebabakan oleh kepadatannya, ramai yang tidak mampu menjangka apa yang akan berlaku dalam dua episod terakhir ini.

Disebabkan itu ramai yang berharap agar “Happiness” akan dihasilkan mengikut format musim memandangkan banyak perkara yang diharap boleh dirungkai lagi di dalam drama ini.

tvn happiness

Walaubagaimanapun, pihak produksi “Happiness” telah pun memberikan jawapan kepada harapan penonton ini,

‘Happiness’ tidak pernah dikaji atau menjalani perbincangan untuk dihasilkan mengikut sistem format. Ianya akan tamat pada episod 12 seperti yang dirancang.

Apa agaknya nasib Yoon Sae-bom (Han Hyo-joo) dan Jung Yi-hyun (Park Hyung-sik) dalam dua episod akhir nanti ya?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...