Ikuti Kami:

Tamat Dengan Rating Tertinggi, Ending ‘Crash Course In Romance’ Terima Komen Pra-Kontra

Tamat Dengan Rating Tertinggi, Ending ‘Crash Course In Romance’ Terima Komen Pra-Kontra

Menyedihkan apabila drama kegemaran ramai iaitu “Crash Course In Romance” sudah pun menamatkan siaran pada malam semalam.

Sinopsis

Drama ini membawa kisah pahit manis hubungan antara pemilik kedai lauk yang tanpa sengaja menyertai perang peperiksaan kemasukan kolej Korea dan seorang pengajar matematik popular.

Bahagia milik semua

[Amaran SPOILER]

Walaupun menghadapi sedikit konflik di penghujungnya, namun Nam Hae-yi akhirnya terus tinggal bersama Nam Haeng-seon (Jeon Do-yeon) dan Nam Jae-woo (Oh Eui-sik) di rumah mereka manakala ibu sebenarnya kembali ke Jepun namun tidak memutuskan hubungan antara mereka.

tvn crash course in romance

Bukan itu sahaja, kesemua pasangan menemui bahagia mereka di mana Nam Haeng-seon dan Choi Chi-yeol (Jung Kyung-ho) akhirnya melamar satu sama lain, Nam Hae-yi (Roh Yoon-seo) menerima pengakuan cinta Lee Sun-jae (Lee Chae-min) dan Kim Yeong-joo (Lee Bong-ryun) bakal menimang cahaya mata pertama bersama Nam Jae-woo.

Rating tinggi

Terbukti popular, drama romantik komedi itu mencapai rating tertinggi sepanjang tayangannya iaitu 17% untuk episod akhir ini. Malah ianya menduduki tangga ke-7 untuk senarai rating tertinggi dalam sejarah tvN di mana ia berada di belakang “Crash Landing on You,” “Reply 1988,” “Goblin,” “Mr. Sunshine” dan “Mr. Queen”.

Walaupun dipuji kerana memaparkan ending bahagia untuk hampir kesemua watak namun ada juga respon kekecewaan yang ditinggalkan penonton. Bagi mereka, kematian Ji Dong-hui (Shin Jae-ha) terasa tergesa-gesa dan tidak memuaskan berbanding kejahatan yang dilakukannya pada orang sekeliling.

tvn crash course in romance

Bukan itu sahaja, ramai yang menyelar hubungan cinta antara Nam Jae-woo dan Kim Yeong-joo memandangkan mereka yang sudah berbelas tahun menganggap satu sama lain sebagai keluarga namun secara tiba-tiba mempunyai perasaan pada beberapa episod penghujung.

Makin keliru apabila watak Nam Haeng-ja (Bae Hae-sun) iaitu ibu sebenar Nam Hae-yi dipaparkan secara ringkas tanpa penjelasan lanjut. Hingga ke akhirnya, punca sebenar dia meninggalkan anaknya tidak dirungkaikan malah sebab utama dia pulang dan ingin mendapatkan wang juga hanya dibiarkan sepi.

Banyak respon dan pandangan, apa pula kata korang?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...