Ikuti Kami:

Tamat Dengan Rating Biasa, Penonton Puji Plot ‘Run On’ Santai & Tenang

Tamat Dengan Rating Biasa, Penonton Puji Plot ‘Run On’ Santai & Tenang

Disebabkan genre K-Drama yang pelbagai, ada sesetengah penonton yang gemar naskhah slow dan tenang. Di mana plotnya tak terlampau membebankan, contohnya seperti “Run On” yang baru sahaja menamatkan tayangan baru-baru ini.

Sinopsis

“Run On” membawa kisah individu yang cuba berhubung dengan satu sama lain menggunakan bahasa sendiri selepas hidup dalam dunia dan langkah kehidupan yang berlainan. Im Si-wan membawa watak Ki Sun-kyum, seorang bekas atlet lari pecut yang bersara selepas insiden yang mengubah kehidupannya dan kini merupakan ejen sukan. Manakala Shin Se-kyung pula berlakon sebagai Oh Mi-joo penterjemah filem luar negara yang suka mencabar dirinya.

episod akhir run on

Penonton tersenyum lihat episod akhir

[Amaran SPOILER]

Meskipun melalui pasang dan surut, akhirnya kedua-dua pasangan Sun-kyum dam Mi-joo serta Dan-ah (Choi Soo-young) dan Young-hwa (Kang Tae-oh) menemui bahagia mereka. Yang menariknya, penutup “Run On” menggambarkan ‘happy ending’ yang sebenar dalam realitinya boleh dirasai dalam jalan kehidupan yang biasa seperti melakukan kerja yang disukai, berada dengan orang yang disayangi dan pelbagai lagi. Simple sahaja kan?

episod akhir run on

Rating biasa sepanjang tayangan

Meskipun menampilkan rencah kehidupan yang berbeza bagi setiap pasangan, namun ianya hanya mampu menarik perhatian segelintir peminat K-Drama sahaja. Episod kahir “Run On” hanya mampu mencatakan rating sebanyak 3.623% sahaja dan rekod tertinggi ialah 3.772% yang dicatatkan pada episod ke-8.

Pun begitu, rata-rata yang menontonnya sehingga ke akhir memuji plot cerita ini yang santai selain menampilkan watak hero yang gentleman dan langsung tak meletakkan dirinya lebih tinggi daripada wanita.

Kalau korang sukakan drama yang tak menyesakkan atau berat, memang ‘rekemen’ sangat untuk tonton “Run On”. Okay?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...