Ikuti Kami:

Tamat Dengan Rating Biasa, Penonton Puas Hati Lihat Plot & Ending ’18 Again’

Tamat Dengan Rating Biasa, Penonton Puas Hati Lihat Plot & Ending ’18 Again’

Berjaya menghiburkan penonton dan menjadi teman setia mereka selama 16 episod, “18 Again” akhirnya melabuhkan tirainya kelmarin.

Sinopsis ringkas

Membawa kisah seorang suami yang di ambang penceraian namun secara tiba-tiba kembali dalam tubuhnya ketika berusia 18 tahun. Kerana kembali ke wajah lamanya, si suami iaitu Hong Dae-young (Yoon Sang-hyun) mengubah nama kepada Go Woo-young (Lee Do-hyun) begi meneruskan hidupnya. Manakala si isteri Jung Da-jung (Kim Ha-neul) memulakan kehidupannya sedikit lewat sebagai pembaca berita selepas membesarkan anak kembar mereka yang sudah pun berusia 18 tahun.

episod akhir 18 again

Berakhir bahagia

[Amaran SPOILER]

Melihatkan pelbagai halangan yang dihadapi oleh Hong Dae-young dan Jung Da-jung sebagai pasangan suami isteri nyata membuka mata orang ramai mengenai kesusahan ibu bapa muda. Bukan mudah mahu melepaskan cita-cita bagi memastikan anak kembar mereka dapat menjalani kehidupan yang baik dan tidak berakhir seperti mereka.

Lebih mengharukan apabila kedua mereka kembali bersama dalam sebuah perkahwinan baru selepas dua tahun cuba membetulkan segalanya. Walaupun terus hidup biasa dengan Hong Dae-young sebagai jurulatih bola keranjang untuk budak sekolah dan Jung Da-jung sebagai penyampai berita freelance, kedua mereka mampu tersenyum gembira selepas badai yang melanda.

episod akhir 18 again

Bahkan “18 Again” terus menolak babak klise iaitu ‘ending bahagia selamanya’ apabila ia kekal menunjukkan konflik yang dihadapi mereka sebagai pasangan suami isteri selepas bersama semula. Realistik betul!

[SPOILER Tamat]

Rating biasa

Meskipun rating tertinggi iaitu 3.209% pernah dicatatkan ketika tayangan episod ke-5 namun “18 Again” berterusan kekal dalam lingkungan rating 2% sehingga ke akhirnya. Malah episod terakhir yang ditayangkan kelmarin hanya mampu merakamkan rating sebanyak 2.743% sahaja.

Walaupun rating yang dicatatkan sepanjang tayangan adalah kurang berbanding drama lain yang ditayangkan dalam slot yang sama, namun rata-rata penonton memuji mesej kekeluargaan yang diterapkan dalam drama ini.

Bagi yang belum menonton, anda boleh menonton “18 Again” secara marathon sekarang!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...