Ikuti Kami:

Tamat Dengan Pahit Manis, ‘Mouse’ Catat Rating Memuaskan Sepanjang Tayangan

Tamat Dengan Pahit Manis, ‘Mouse’ Catat Rating Memuaskan Sepanjang Tayangan

Akhirnya drama “Mouse” sudah pun melabuhkan tirainya kelmarin. Memang pening betul penonton katanya nak fahamkan jalan cerita drama ini.

Sinopsis

Drama thriller jenayah ini membawa kisah seorang lelaki yang telus dan naif, Jung Ba-reum (Lee Seung-gi) dan detektif tanpa kira undang-undang bernama Go Moo-chi (Lee Hee-joon) yang obses untuk membalasa dendam terhadap pembunuh bersiri yang menjadi dalang kepada pembunuhan ibu bapanya semasa kecil. Dua lelaki yang berbeza personaliti ini bergabung tenaga bagi mengejar penjahat dalam kalangan ‘1% teratas’ psikopat.

Penutup yang pahit manis

[Amaran SPOILER]

Sepertinya kehidupan Jung Ba-reum yang berbelit ini bukanlah salahnya namun dek genetik psikopat yang tertanam di dalam dirinya. Meskipun sedar dia merupakan lain daripada yang lain, namun dia akhirnya kalah dengan keinginan tersebut kerana tiada siapa yang berada di sekelilingnya bagi mengajar erti cinta dan kasih sayang.

tvn mouse

Meangkui kesemua kesalahannya, Jung Ba-reum akhirnya dikenakan hukuman gantung sampai mati. Walaubagaimanapun, lelaki itu sempat menamatkan nyawa ayahnya kerana dendam lama. Malah dia sebenarnya sudah tidak mempunyai masa yang lama untuk hidup.

Pun begitu, Jung Ba-reum sempat bertemu dengan Go Moo-chi dan Bong-yi bagi memohon maaf kepada mereka. Yang paling sedih, apabila dia mula berhalusinasi dan berjumpa dengan dirinya semasa kecil dan menyatakan bahawa mereka bukan lagi ‘raksasa’. Akhirnya, lelaki itu menemui ajalnya.

Buat watak lain, mereka semua meruskan kehidupan masing-masing namun Jung Moo-chi dilihat kekal menyimpan Jung Ba-reum di dalam kenangannya.

tvn mouse

Rating baik sepanjang tayangan

Meskipun ditayangkan di saluran kabel tvN, namun “Mouse” berjaya meriah rating yang baik di antara lingkungan 5% ke 6% sepanjang tayangannya. Meskipun plotnya dipuji bernas, tapi tidak dinafikan bahawa perkembangan plotnya pada saban episod agak berselirat ditambah pula dengan 4 episod tambahan yang terpaksa ditayangkan bagi merungkai beberapa persoalan penonton.

Apa pun, ramai yang memuji Lee Seung-gi kerana mampu membawa watak yang berlainan daripada selalu menerusi Jung Ba-reum.

Korang seronok tak tonton “Mouse”?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...