Ikuti Kami:

Tamat Dengan Kesudahan Sedih, Penonton Marah Penulis Skrip Drama ‘Hi Bye, Mama!’

Tamat Dengan Kesudahan Sedih, Penonton Marah Penulis Skrip Drama ‘Hi Bye, Mama!’

Setelah 16 episod membuatkan penonton menangis tak berhenti, akhirnya drama “Hi Bye, Mama!” telah pun melabuhkan tirainya. Tak sangka Kim Tae-hee membuat pemilihan drama yang betul sebagai naskhah kemunculan pertamanya selepas 5 tahun tidak aktif berlakon.

Bagi yang tidak mengetahui, drama “Hi Bye, Mama!” mengisahkan tentang seorang isteri yang terpisah daripada keluarganya akibat satu kemalangan ngeri. Ia membawa penonton menelusuri penggembaraan si isteri muncul semula dalam kehidupan suami dan anaknya sebagai roh selain usahanya untuk menjelma kembali sebagai manusia dalam masa 49 hari.

Air mata berjurai setiap episod

Daripada episod awalnya lagi, semua penonton dah menangis beria dek kerana terlampau banyak babak yang menyentuh hati. Siapa tak sedih melihat seorang ibu yang menjadi roh berkeliaran kerana tidak sanggup melepaskan anaknya yang masih lagi kecil. Lagi bertambah hiba, apabila Cha Yu-ri tidak dapat melakukan apa-apa semasa melihat Seo-woo dalam kesusahan kerana pergerakannya sebagai roh yang terhad.

Namun begitu, selepas diberi peluang untuk hidup semula dan cuba kembali ke tempat asalnya sebagai isteri Gang-hwa dan ibu Seo-woo dalam masa 49 hari, jika gagal dia akan dinaikkan semula sebagai roh dan terus meninggalkan dunia ini. Walaubagaimanapun, usahanya itu ternyata tidak mudah kerana Oh Min-jeong sudah pun mengisi tempat yang ditinggalkannya itu selama 5 tahun.

hi bye, mama! episod terakhir

Kesudahan yang dijangka

Dek kerana tidak mahu menyusahkan anaknya sekiranya dia masih hidup, Yu-ri membuat keputusan untuk mengalah dan melepaskan tempatnya di sisi keluarga itu. Wanita itu juga berjaya merealisasikan hasrat terakhirnya iaitu untuk memeluk ibunya dan dia sedar bahawa Min-jeong boleh menjadi ibu yang baik untuk Seo-woo.

Walaupun Gang-hwa sepertinya tidak dapat menerima keputusan wanita kesayangannya itu namun dia akur dan tidak jadi untuk berpisah dengan Min-jeong dan meneruskan kehidupan mereka sehingga Seo-woo, tetapi memori bersama Yu-ri sentiasa berada dalam kenangan.

hi bye, mama! episod terakhir

Penonton tidak puas hati dengan ending

Ini adalah drama yang paling teruk pernah ditulis oleh penulis ini.. Bagaimana Yu-ri boleh tidak sedar mengenai alergi Seo-woo terhadap buah strawberi sedangkan dia berada di sisinya selama 5 tahun. Oh Min-jeong yang langsung tak pedulikan Seo-woo semasa awalnya tiba-tiba bertukar menjadi ibu yang baik semasa di pertengahan drama.. Seo-woo yang mengalami masalah lambat berkembang tiba-tiba sembuh pada penghujung cerita… hahahaha!

 

Pada awalnya Gang-hwa tak sambut pun hari jadi Seo-woo kerana teringatkan ulang tahun kematian Yu-ri… tetapi dengan senangnya dia lepaskan wanita itu pergi..? Kesian keluarga Yu-ri…

 

Buat apa bawa Yu-ri turun sekiranya dia akan dinaikkan semula? Cerita sampah.. Ambil Lee Kyu-hyung berlakon tapi untuk cerita seperti ini?!!

 

Kalaulah Gang-hwa tak kahwin semula.. mesti kesudahannya adalah lebih baik… Penulis ini ada kekurangan sikit…

 

Kesemua staf dan pelakon dah bersusah payah bagi menjayakan drama ini..

hi bye, mama! episod terakhir

Pasti mata semua masih sembap lagi sebab drama ini kan? Bertabahlah!

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...