Ikuti Kami:

Tamat Bahagia, ‘Live On’ Terus Raih Rating Bawah 1% Hingga Episod Akhir

Tamat Bahagia, ‘Live On’ Terus Raih Rating Bawah 1% Hingga Episod Akhir

K-Drama yang mnampilkan kisah remaja di sekolah juga sebenarnya boleh tahan seronoknya. Rasa macam mengimbau kembali zaman ketika kita bersekolah dahulu!

Sebab itu ramai yang bersedih apabila “Live On” menamatkan siarannya beberapa hari lepas. Dah tak dapat nak feeling lalui zaman sekolah apabila melihat kehidupan watak utama tersebut.

Sinopsis ringkas

Baek Ho-rang (Jung Da-bin) ialah seorang pelajar sekolah menengah dan dikurniakan dengan wajah yang cantik, membuatkan dia popular di sekolah dan media sosial. Pun begitu, dia hanya mempunyai seorang rakan baik sahaja. Dalam melalui kehidupan yang gembira, dia akhirnya berhadapan dengan satu masalah apabila ada individu yang mahu membongkar rahsianya. Bagi mencari individu tersebut, Baek Ho-rang telah menyertai kelab penyiaran sekolahnya. Di situ, dia mula berkenalan dengan Go Eun-taek (Min-hyun NU’EST) iaitu ketua kelab tersebut yang sangat sempurna dan dihormati oleh ahli lain.

episod akhir live on

Episod akhir kekal raih rating rendah

Meskipun dapat melihat perkembangan hubungan cinta di antara Ho-rang dan Eun-taek namun “Live On” kekal meraih rating rendah sehingga ke penghujungnya. Melepasi rating 1% semasa episod pertama namun ianya kekal dibawah 1% sehingga akhir tayangan.

Berbekalkan 8 episod, “Live On” ternyata berjaya membuatkan penonton gembira apabila melihat bunga-bunga cinta di antara remaja dalam kelab penyiaran sekolah. Tak kisahlah rating rendah, yang penting ianya berjaya memberikan hiburan kepada penonton.

episod akhir live on

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...