Ikuti Kami:

Tamat Bahagia, Episod Akhir ‘Secret Royal Inspector & Joy’ Raih Rating Baik

Tamat Bahagia, Episod Akhir ‘Secret Royal Inspector & Joy’ Raih Rating Baik

Tamat sudah drama “Secret Royal Inspector Joy” dan pastinya ramai yang dah merinduinya kan?

Sinopsis

[Amaran SPOILER]

Dek kejahatan yang melampau, akhirnya Park Seung ditangkap dan dijatuhkan hukuman seumur hidup di mana identitinya dilenyapkan dan tiada siapa yang boleh menyebut lagi mengenainya.

Ra Yi-eon akhirnya meletakkan jawatan sebagai pegawai dan memulakan kehidupan baru di sebuah kepulauan Ganghwa. Malah lelaki itu berjaya mencapai cita-citanya untuk menjadi cef dengan membukan kedai ladu bersama Kim Jo-yi di mana wanita itu pula menjadi tukang jahit disamping menguruskan kedai itu. Kedua mereka akhirnya menemui bahagia dan menjanjikan kehidupan bersama selamanya walaupun masih lagi tak henti-henti bertelingkah.

tvn secret royal inspector and joy

Rating baik

Untuk episod terakhir, “Secret Royal Inspector & Joy” meraih rating yang baik iaitu 3.799% walaupun tidak dapat menandingi rekod rating terbaiknya iaitu 5.257% yang diperolehi semasa episod ketiga.

Bagaimana dengan korang, seronok tak layan drama ini?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...