Ikuti Kami:

Tamat Bahagia, Episod Akhir ‘Royal Secret Agent’ Rekod Rating Tertinggi

Tamat Bahagia, Episod Akhir ‘Royal Secret Agent’ Rekod Rating Tertinggi

Setelah 16 episod bersiaran, akhirnya tamat juga drama bersejarah “Royal Secret Agent”.

Sinopsis ringkas

Sung Yi-kyum (Kim Myung-soo) merupakan seseorang yang hidup untuk waktu ini sahaja dan tiada cita-cita untuk masa depannya. Dia yang mendapat tempat pertama ketika peperiksaan perkhidmatan awam telah ditangkap berjudi dan dihukum bertugas sebagai inspektor rahsia diraja. Drama ini mengikuti pengembaraannya dalam menyelesaikan pelbagai masalah yang berbangkit dalam masyarakat Joseon.

episod akhir royal secret agent

Episod akhir ‘meletup’

Meskipun tidak menonjolkan banyak babak romantik di antara Yi-kyum dan Da-in (Kwon Na-ra) namun rata-rata penonton seronok melihat keserasian mereka di dalam drama ini. Bahkan trio Yi-kyum, Da-in dan Chun-sam (Lee Yi-kyung) merupakan gabungan yang sangat sempurna dalam menghdupkan lagi “Royal Secret Agent”.

episod akhir royal secret agent

Walaupun diterajui oleh dua idola yang menjadi pelakon iaitu Kim Myung-soo dan Kwon Na-ra, tetapi ianya nyata tidak mempengaruhi persepsi penonton mengenai stereotaip lakonan penyanyi. Bahkan episod terakhir ini berjaya meraih rating terbaik drama ini iaitu dengan catatan 14%. Wow!

Pada yang dah tengok, anda berpuas hati tak dengan drama ini?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...