Ikuti Kami:

Tamat Bahagia, Episod Akhir ‘River Where The Moon Rises’ Catat Rating Baik

Tamat Bahagia, Episod Akhir ‘River Where The Moon Rises’ Catat Rating Baik

Selepas melalui beberapa episod duka, akhirnya drama “River Where The Moon Rises” sudah pun menamatkan tayangannya.

Sinopsis ringkas

Drama bersejarah ini mengisahkan tentang kisah cinta di antara Pyeong-gang (Kim So-hyun) dan On Dal (Na In-woo) yang merupakan watak dalam kisah dongeng zaman Goguryeo. Pyeonggang yang turut dikenali sebagai Yeom Ga-jin ialah seorang wanita yang bercita-cita tinggi dan mahu menjadi wanita pertama yang memerintah Goguryeo. Malah dia sanggup menggunakan perasaan On Dal yang suci kepadanya untuk mencapai impian tersebut.

kbs river where the moon rises

Tamat bahagia

[Amaran SPOILER]

Walaupun Pyeong-gang dan On Dal melalui pelbagai rintangan dalam perhubungan mereka, namun akhirnya kedua hati itu bersatu dan mengecapi bahagia akhirnya. Rata-rata penonton meluahkan rasa lega melihatkan kesudahan drama tersebut yang berbunga.

Pun begitu, “River Where The Moon Rises” tidak dapat memecahkan rekod peribadi iaitu catatan rating 10% yang diraih ketika episod 4. Ia hanya mampu menutup tirai dengan rating sebanyak 8.3% namun ia tetap merupakan rekod yang baik berbanding beberapa drama lain.

Korang syok tak layan 20 episod “River Where The Moon Rises”?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...