Ikuti Kami:

‘Tale Of The Nine Tailed’ Tamat Dengan Rating Tinggi, Penonton Luah Rasa Kesal Lihat Ending

‘Tale Of The Nine Tailed’ Tamat Dengan Rating Tinggi, Penonton Luah Rasa Kesal Lihat Ending

Akhirnya, “Tale Of The Nine Tailed” sudah pun menamatkan tayangannya baru-baru ini setelah sekian lama menghiburkan penonton.

Sinopsis ringkas

Naskhah yang digambarkan sebagai drama fantasi urban ini mengisahkan tentang seorang gumiho lelaki (makhluk mistik rubah berekor sembilan) bernama Lee Yeon (Lee Dong-wook) yang tinggal di bandar serta seorang pengarah produksi (Jo Bo-ah) yang tidak kenal erti takut dan berusaha keras menjejaki makhluk itu. Kim Bum pula membawa watak Lee rang iaitu adik tiri kepada Lee Yeon dan lahir separuh manusia dan separuh gumiho.

Ending perit-manis

[Amaran SPOILER]

Penonton nyata tak keruan apabila Lee Yeon sanggup mengorbankan dirinya bagi menyelamatkan Nam Ji-ah dan Lee Rang. Bahkan kedua mereka berterusan hidup dalam kesakitan apabila mengenangkan lelaki itu yang memainkan peranan yang penting dalam kehidupan mereka.

Selepas beberapa bulan, Nam Ji-ah dan Lee Rang masih tidak berputus asa bagi mencari jalan untuk mengembalikan Lee Yeon ke dunia manusia. Kemudiannya, Lee Rang terjumpa dengan penilik nasib yang mampu menyelamatkan abang tirinya itu tetapi dengan syarat mereka perlu melepaskan sesuatu yang paling dihargai mereka. Bertikam lidah dengan Nam Ji-ah mengenai siapa yang perlu berkorban, Lee Rang membuat keputusan untuk melepaskan nyawanya sendiri.

episdo akhir tale of the nine tailed

Akhirnya, Lee Yeon berjaya kembali ke dunia dan bersama semula dengan Nam Ji-ah namun setiap daripada mereka tidak mampu melepaskan Lee Rang yang mengorbankan dirinya. Walaupun Lee Yeon menjelaskan bahawa dia kini adalah manusia namun babak terakhir yang menampilkan matanya bersilau bak rubah jadian menimbulkan persoalan penonton sama ada lelaki itu kini sudah menjadi gumiho semula.

Walaupun Lee Yeon dan Nam Ji-ah berkahwin dan bahagia akhirnya, ramai penonton yang meluahkan rasa keliru mengenai plot di mana Lee Yeon mengorbankan dirinya untuk beberapa bulan namun kembali semula ke dunia tetapi dengan menggadaikan pula nyawa Lee Rang. Sudah menghadapi kesusahan sejak kecil, ramai yang sebenarnya berharap agar Lee Rang mendapat ending yang bahagia.

episod akhir tale of the nine tailed

[SPOILER Tamat]

Rating tinggi

Sepanjang tayangan, “Tale Of The Nine Tailed” mengekalkan prestasi yang baik kerana tidak pernah jatuh ke catatan rating di bawah 4%. Bahkan episod terakhirnya berjaya mencatatkan rating kedua terbaik iaitu dengan catatan 5.785% iaitu kurang sedikit daripada rekod terbaik yang diraih semasa episod pertama, 5.805%.

Apa komen anda selepas menonton episod akhir “Tale Of The Nine Tailed”?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...