Masih segar ingatan apabila melihat kehadiran ahli “Running Man” di perjumpaan peminat ‘RUN 2 U’ di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Bukan sekadar mempersembahkan lagu, mereka juga sempat bermain bersama peminat selain menghiburkan kesemua hadirin dengan telatah lucu yang tak dibuat-buat.
Sepertinya personaliti baik mereka itu bukanlah hanya di atas pentas sahaja kerana sebuah video yang tular membuktikan kebaikan mereka di belakang tabir juga.
Terbaru, tular di TikTok sebuah video staf di KLIA yang sempat merakam kemasukan para ahli itu ke penerbangan mereka. Dari video itu, dapat dilihat bahawa kesemuanya tersenyum manis memandang staf meskipun mereka sendiri mungkin kepenatan kerana terus ke lapangan terbang selepas selesa menjalani perjumpaan peminat itu.
Komen peminat,
- Fan service mereka memang terbaik.
- Tak rugi peminat mereka, kerana kesemuanya nampak seperti orang baik.
- Kenapa la aku tak kerja airport.
- Semua senyum, ramah je muka masing-masing.
- Senyum mesra je semua.
Baik kan dorang?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.