Ikuti Kami:

Tak Serik! Stalker Jerman Ikut TWICE Sehingga Dalam Pesawat Namun Sempat Dihalang Oleh Pengurus

Tak Serik! Stalker Jerman Ikut TWICE Sehingga Dalam Pesawat Namun Sempat Dihalang Oleh Pengurus

Mesti anda ada terbaca kisah Nayeon daripada kumpulan TWICE yang telah menerima gangguan daripada seorang peminatnya daripada Jerman. Lelaki yang dikenali sebagai Josh ini telah beberapa kali ke Korea agar dapat bertemu dengan gadis pujaannya itu sehingga menimbulkan kerisauan para peminat TWICE yang lain.

Lagi parah apabila baru-baru ini, lelaki itu dikhabarkan telah mengikuti kumpulan K-Pop tersebut dalam pesawat yang sama. Dia juga telah cuba mendekati Nayeon beberapa kali di dalam penerbangan tersebut namun berjaya dihalang oleh beberapa pengurus mereka.

josh stalker nayeon twice

“Kami telah memberi amaran kepada penghendap itu supaya menghentikan tindakannya itu. Tetapi dia tidak mengendahkannya dan beberapa kali cuba merempuh laluan dan turut meninggikan suaranya sehingga menimbulkan suasana yang tidak senang. Dengan itu, kami akan mengambil langkah berjaga-jaga yang paling ketat bagi melawan penghendap tersebut.”

Nayeon jelas ketakutan apabila dia meninggalkan mesej di IG Story, “Tolonglah balik. Hentikanlah. Tolonglah, saya merayu.” Namun entri itu dipadam selepas beberapa ketika.

penghendap nayeon twice

Walaubagaimanapun, Josh telah menafikan segala tuduhan terhadapnya dan menyatakan bahawa mereka sengaja cuba membuat dia kelihatan jahat. Selain itu, dia juga menuduh pengurus TWICE telah menyerangnya ketika penerbangan itu dan menyelar JYP Entertainment cuba menghalangnya daripada mendekati Nayeon.

penghendap nayeon twice

Lelaki ini juga tidak segan untuk mengakui aktiviti menghendapnya yang dilakukan di Korea selain turut meminta bantuan orang ramai untuk mencari Nayeon ketika berada di negara itu. Dia juga mengatakan bahawa dia bukanlah peminat TWICE atau pun K-Pop sekali pun tetapi jatuh cinta dengan Nayeon selepas melihatnya. Josh juga cuba memberikan alasan bahawa dia hanya ingin berkomunikasi dengan gadis itu secara aman dan mahu mengajaknya berkahwin. Gila!

josh stalker nayeon twice

Mesti Nayeon dan juga ahli TWICE yang lain trauma dengan tindakan melampau lelaki itu. Lebih menggerunkan apabila Josh merasakan bahawa perbuatannya itu adalah betul dan tiada siapa boleh menghalangnya. Selepas insiden itu, kelihatan sekumpulan pengawal dan polis telah menanti di lapangan terbang untuk mengiringi TWICE supaya dapat mengelakkan daripada apa-apa perkara buruk yang mungkin berlaku.

Sumber: Soompi

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...