Tak Sampai Setahun Aktif, Lee Jaewook Dah Terima Pelbagai Tawaran Lakonan!

lee jaewook bakat muda yang kian menyerlah

Walaupun ramai yang tengok drama Korea kerana plot ceritanya yang menyegarkan, tidak dapat dinafikan lakonan teraju sesuatu naskhah itu turut memainkan peranan yang penting. Kalau pelakonnya kayu, macam mana nak hayati sesuatu watak itu. Buat ‘spoil mood’ sahaja!

Meskipun ramai yang terpana melihat lakonan pelakon drama Korea yang sudah popular seperti Lee Dongwook, Ji Changwook, Seo Jiseob, Jo Insung dan ramai lagi. Tetapi semakin ramai pelakon pelapis baru yang kini kian mencuri perhatian peminat K-drama. Salah seorang pelakon yang masih muda tapi berbakat besar ialah Lee Jaewook.

Jangan terkejut kerana lelaki ini baru berusia 21 tahun dan masih lagi setahun jagung dalam industri drama Korea. Mula melibatkan diri dalam dunia lakonan pada Disember tahun lepas namun lakonannya yang memukau berjaya menempatkan namanya dalam perhatian pengarah dan produser drama terkenal. Bayangkan tak sampai setahun berlakon, dia sudah membintangi 4 projek. Hebat!

Penggodam dalam ‘Memories of Alhambra’

lee jaewook bakat muda yang kian menyerlah

Memulakan karier lakonannya menerusi drama ini, dia berlakon sebagai watak sampingan bernama Macro Han. Seorang pakar IT dan penggodam bijak yang bekerja di samping Sejoo (Chanyeol EXO). Walaupun tidak mempunyai banyak babak tetapi wataknya itu tetap meninggalkan kesan kepada penonton.

Tentera muda dalam ‘The Battle of Jangsari’

lee jaewook bakat muda yang kian menyerlah

Filem ini mengisahkan tentang peristiwa yang berlaku semasa perang Korea di mana 772 orang tentera pelajar yang dikemudikan oleh seorang komander bagi menyelesaikan misi di pantai Jangsari. Lee Jaewook membawa watak sebagai Lee Gaetae iaitu merupakan salah seorang daripada tentera pelajar itu.

Pelakon tak terkenal dalam ‘Search: WWW’

lee jaewook bakat muda yang kian menyerlah

Wataknya dalam drama ini lebih besar sedikit berbanding wataknya dalam naskhah lain kerana dia merupakan lelaki yang diminati oleh salah seorang teraju utama iaitu Cha Hyun (Lee Dahee). Lakonannya yang berkesan sebagai seorang pelakon tidak terkenal berjaya menyentuh hati penonton kerana sayu melihat dia sering ditindas oleh orang sekelilingnya. Namun dia kuat kerana bersungguh-sungguh ingin mengejar cita-citanya sebagai seorang pelakon terkenal.

Watak lelaki kedua dalam ‘Extraordinary You’

lee jaewook bakat muda yang kian menyerlah

Membawa watak sebagai seorang pelajar sekolah, buat pertama kalinya Lee Jaewook tampil sebagai lelaki yang tidak mempunyai perasaan. Dia merupakan anak orang kaya dan juga lelaki popular di sekolah lantas tampil sebagai kasanova di sekolah itu. Walaupun mempunyai tunang bernama Danoh tetapi gadis itu hanya bertepuk sebelah tangan kerana Baekkyung tidak mempunyai sekelumit perasaan pun terhadap gadis itu.

Walaupun masih lagi ditayangkan, semakin ramai yang mula jatuh hati dengan drama “Extrordinary You” ini.

Nampaknya semakin luas peluang yang terbuka kepada Lee Jaewook di dalam dunia seni Korea. Usianya yang muda tidak menghalangnya untuk melakonkan pelbagai watak seterusnya membuktikan bahawa lelaki itu adalah pelakon yang versatil dan berbakat besar. Tak sabar nak tengok watak apa lagi yang akan dibawanya selepas ini!

Sumber: KStarLive

Leave a Reply