Utama Gossip Tak Puas Hati Dengan Gaya Rambut Baru, Peminat ‘Demand’ Stylist Song Jihyo...

Tak Puas Hati Dengan Gaya Rambut Baru, Peminat ‘Demand’ Stylist Song Jihyo Ditukar

shortcut song jihyo

Nampaknya memang betul jadi isu ‘hot’ apabila Song Ji-hyo tampil dengan gaya rambut baru.

Walaupun ada yang menyukainya namun ramai juga yang seperti membantah pilihan rambut tersebut sehingga menyalahkan jurugaya yang bertanggungjawab menggayakan pelakon wanita itu.

Menerusi laman komuniti DC Gallery, kelab peminat Song Ji-hyo telah menulis kenyataan yang meminta jurugaya Song Ji-hyo supaya memperbaiki kerjanya,

Kekecewaan dan aduan mengenai Song Ji-hyo sudah pun disebut oleh peminat sejak beberapa tahun lalu. Pun begitu, para peminat terus menyokongnya. Walaubagaimanapun, jumlah artikel dan entri atas talian yang negatif terus meningkat sejak tahun lalu memanggil kami untuk menulis kenyataan ini. Kami meminta jurugayanya yang sekarang supaya ditukar kepada seseorang yang lebih berpengalaman dan berkemahiran selain mengubah gaya solekan dan salon rambut.

stylist song jihyo

Selepas melihat gaya rambut ‘shortcut’ Song Ji-hyo secara keseluruhan dalam episod “Running Man” baru-baru ini, ada segelintir yang meluahkan perasaan tidak puas hati mereka.

shortcut song jihyo

Antaranya,

Kena gigit tikus ke?

 

Selekehnya.

 

Jurugayanya ialah peminat anti.

 

Gaya rambut depan Song Ji-hyo juga adalah serius dalam episod ‘Running Man’ yang lalu.

 

Kalau dalam drama, rambut palsu pun nampak jelas.

 

Lebih baik kalau rambutnya tak disentuh langsung.

Apa komen korang mengenai hal ini?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERIlgan Sports
Loading...