Ikuti Kami:

Tak Pernah Bercinta, Yeo Jingoo Tak Kisah Jalin Hubungan Dengan Wanita 10 Tahun Lebih Tua

Tak Pernah Bercinta, Yeo Jingoo Tak Kisah Jalin Hubungan Dengan Wanita 10 Tahun Lebih Tua

Meskipun mempunyai penampilan yang tampan dan tegap, pelakon Yeo Jin-goo yang terkenal dek drama “Hotel Del Luna” mendedahkan bahawa dia langsung tak pernah bercinta sepanjang hidupnya. Walhal lelaki itu sudah pun mencecah usia 23 tahun kini.

Meskipun tak pernah menyulan kasih, tapi lelaki ini tak kisah langsung dengan umur wanita yang bakal menjalinkan hubungan dengannya nanti. Hal ini dibongkarkan menerusi terbaru rancangan “House On Wheels”.

Ketika episod tersebut, Eun-ji daripada kumpulan APink telah hadir sebagai tetamu jemputan kerana hubungan rapatnya dengan Sun Dong-il setelah mereka berlakon bersama dalam “Reply 1994”. Baru kali pertama berjumpa, Yeo Jin-goo telah salah sangka dan menyebut Eun-ji sebagai ketua kumpulan itu.

yeo jingoo suka wanita tua

Kerana kesilapan itu, Eun-ji telah berseloroh mengatakan bahawa lelaki itu hanya kenal Ha-young (ketua kumpulan APink) memandangkan dalam satu temu ramah suatu ketika dahulu, Yeo Jin-goo ada menyebut Ha-young sebagai wanita idealnya dalam kalangan ahli APink yang lain.

Langsung tak lepas peluang untuk mengusik, Sun Dong-il menambah perisa,

Budak ini! Awak tak patut macam ini.

Dia cakap dengan saya yang dia sukakan wanita lebih tua dan dia boleh bercinta dengan wanita yang 10 tahun lebih tua daripadanya.

yeo jingoo suka wanita tua

Comel betul melihatkan Yeo Jin-goo tersipu malu selepas pendedahan tersebut!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...