Utama Tempatan Tak Perlu Sampai Ke Korea, Kat Malaysia Pun Ada Gunhoo!

Tak Perlu Sampai Ke Korea, Kat Malaysia Pun Ada Gunhoo!

gunhoo_malaysia

Anda pernah tak tengok rancangan hiburan keluarga di Korea iaitu “Superman Returns”? Rancangan ini membawa kisah anak-anak selebriti yang dijaga sepenuhnya oleh si ayah apabila si ibu tiada di rumah untuk beberapa hari.

Memang kelakar habis sebab dapat lihat kekalutan geng bapa-bapa menguruskan rumah tangga selain dapat melihat keletah comel anak-anak mereka.

Salah seorang selebriti yang membintangi rancangan ini ialah pemain bola sepak iaitu Park Joo Ho. Sejak mula kemunculannya, memang ramai yang jatuh hati melihat kecomelan anak-anaknya iaitu Naeun dan Gunhoo.

gunhoo_naeun

Berdarah kacukan Korea-Swiss, kanak-kanak ini memang mendapat genetik yang terbaik daripada kedua ibu bapa mereka.

Telatah Gunhoo yang kelakar dan ‘masuk air’ turut menarik ramai gadis dan makcik-makcik untuk jatuh sayang padanya. Walaupun belum pandai bertutur, tapi bebelan merepeknya itu sangat menghiburkan!

gunhoo

Rupanya Gunhoo bukan ada di Korea sahaja, tetapi ada juga di Malaysia. Apa??

Ramai yang menyebut anak kembar kepada selebriti, Zizie Izette dan ahli politik, Bung Mokhtar mempunyai rupa paras yang serupa dengan Gunhoo.

Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette nama diberi kepada anak kembar ini. Daripada rambut mereka yang keriting serta pipi pau yang gebu, memang saling tak tumpah dengan Gunhoo!

aadamzac_aalephzeke

zizie_izette

Tapi ramai netizen yang cakap Gunhoo lagi comel kerana dia sangat aktif dan telatahnya yang lucu. Tak kisahlah Korea ke Malaysia, yang pastinya mereka semua comel sangat!

Sumber: Blog

Loading...