Utama Drama Korea “Tak Pasti Lagi..” – Kim Soyeon Jawab Kemungkinan Musim Ke-4 ‘The Penthouse’

“Tak Pasti Lagi..” – Kim Soyeon Jawab Kemungkinan Musim Ke-4 ‘The Penthouse’

the penthouse 4

Hanya tinggal satu episod sahaja lagi, sudah pasti ramai yang menantikan kesudahan kepada siri popular “The Penthouse”.

Berlangsung selama 3 musim dan bersiaran selama setahun, sudah pasti drama ini meninggalkan impak yang besar buat peminat K-Drama. Pun begitu, adakah drama ini akan berakhir sampai di sini sahaja?

Terbaru, Kim So-yeon yang melakonkan watak Cheon Seo-jin telah menjawab persoalan mengenai “The Penthouse 3” dalam sebuah temu bual bersama ‘Seo Kyung-seok TV’.

Bercerita mengenai wataknya, pelakon itu ditanya mengenai kemungkinan musim ke-4.

Tak pasti lagi, apa yang akan terjadi..

the penthouse 4Disebabkan oleh jawapan yang samar-samar itu, ramai yang menjangkakan mungkin “The Penthouse” akan menyambung legasinya nanti.

Walaubagaimanapun, tiada apa yang boleh disahkan lagi kini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERMoney Today
Loading...