Ikuti Kami:

Tak Pakai Pelitup Muka Ketika Majlis Kahwin, Lee Sieon Mohon Maaf

Tak Pakai Pelitup Muka Ketika Majlis Kahwin, Lee Sieon Mohon Maaf

Lee Si-eon memohon maaf atas kontroversi mengenai gambar tetamu yang tidak memakai pelitup muka semasa berada di majlis perkahwinannya.

Pelakon Lee Si-eon dan Seo Ji-seung telah mengadakan majlis perkahwinan mereka di Pulau Jeju pada 25 Disember. Rakan pelakon Lee Si-eon dari MBC “Home Alone” yang turut menghadiri majlis perkahwinan itu telah berkongsi foto serta video, yang sebahagiannya menunjukkan tetamu tanpa pelitup muka.

Setelah timbul pelbagai kontroversi dari gambar-gambar yang dimuat naik, pada 26 Disember, Lee Si-eon menulis permohonan maaf di Instagramnya.

Ini adalah permohonan maaf saya mengenai menanggalkan topeng muka semasa majlis perkahwinan kami pada 25 Disember. Keseluruhan majlis perkahwinan telah diadakan mengikut protokol pencegahan COVID-19, dan semua orang mesti memakai pelitup muka seperti yang diarahkan.

Namun, terdapat cadangan bahawa kami menanggalkan pelitup muka hanya untuk saat pengantin perempuan melemparkan sejambak bunga. Saya tidak memikirkan secara mendalam tentang permintaan itu dan meneruskannya, dan saya benar-benar memohon maaf tentang perkara ini.

Saya juga amat memohon maaf kerana menimbulkan kebimbangan kepada tetamu yang datang untuk mengucapkan tahniah kepada kami. Saya akan lebih berhati-hati pada masa hadapan. Sekali lagi, saya ingin mengatakan bahawa saya minta maaf.

Park Na-rae yang telah memuat naik video di mana ramai tetamu kelihatan tidak memakai pelitup muka di majlis perkahwinan tersebut, turut membuat permohonan maaf di akaun Instagramnya.

lee sieon & seo jiseung

Semoga semua yang baik-baik sahaja.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...