Min Hee-jin telah mendedahkan lebih banyak lagi kes kontroversi berkaitan dengan HYBE.
Terbaru, Min Hee-jin telah menuduh bahawa Pasukan Sinergi Jenama HYBE pilih kasih terhadap artis tertentu.
Di mana, dia turut mendedahkan bahawa tawaran untuk menjadi duta salah satu jenama mewah terkenal telah dicuri dan diberikan kepada LE SSERAFIM meskipun jenama itu masih lagi bekerja bersama NewJeans.
Perkara ini langsung menimbulkan perbalahan diantara ADOR dan Source Music. Ianya kerana, agensi NewJeans merasakan bahawa pasukan sinergi jenama tersebut tidak berlaku adil dan menunjukkan perlakuan berat sebelah kepada LE SSERAFIM.
Netizen kemudiannya telah mendapati bahawa jenama mewah yang dimaksudkan ialah jenama Louis Vuitton, yang mana antara duta mereka ialah LE SSERAFIM.
Komen netizen,
- Jijiknya perangai HYBE.
- Dah tak pandai menyanyi, curi tawaran orang lain pula tu.
- Saya benci sangat dekat HYBE.
- Kalau saya jadi Min Hee-jin pun saya marah!
- Kumpulan tu tak malu ke terima tawaran yang dicuri?
- Kesian NewJeans..
Apa pendapat korang?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.