Ikuti Kami:

“Tak Malu Ke?” – Ada Yang Terjatuh, Peminat K-Pop Diselar Kerumuni Jackson GOT7 Di KLIA

“Tak Malu Ke?” – Ada Yang Terjatuh, Peminat K-Pop Diselar Kerumuni Jackson GOT7 Di KLIA

Sejak pintu sempadan kembali dibuka dek kes COVID-19 yang kian berkurang, semakin ramai artis luar yang memasuki Malaysia bagi berjumpa dengan peminat.

Bukan sahaja Billie Eilish, Kim Jae-joong, (G)-IDLE yang telah melakukan konsert baru-baru ini malah Good Vibes yang merupakan antara dinantikan ramai pada saban tahun telah berlangsung di Sunway Lagoon sejak semalam.

Untuk kali ini, artis K-Pop yang popular seperti CL dan Jackson GOT7 telah dipilih sebagai antara artis yang bakal membuat persembahan di pentas antarabangsa itu.

Sedar bahawa ramai pasti teruja tapi nampaknya keseronokan peminat tidak dapat dibendung apabila terjadi perkara buruk semasa ahli GOT7 itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada petang tadi.

Menerusi beberapa ciapan di Twitter, terlalu ramai peminat yang mengerumuni idola itu ketika ketibaannya lantas menyebabkan situasi kecoh dek beberapa peminat yang terjatuk dek dihimpit orang ramai.

Biasanya dihantar menerusi laluan VIP, nampaknya Jackson melalui jalan biasa pada kali ini lantas menyebabkan ramai yang cuba mendapatkan perhatiannya. Walau bagaimanapun, lelaki itu kelihatan tenang dan turut membantu peminat yang terjatuh selain meminta pihak pengawal keselamatan yang mengiringinya supaya tidak menolak yang lain.

Rata-rata peminat juga meluahkan rasa kecewa apabila melihat Jackson terpaksa berhimpit ketika baru sahaja tiba di negara ini.

jackson klia

Harap Jackson okay sahaja.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...