Ikuti Kami:

Tak Kisah Imej Pelakon, Song Jihyo Dipuji ‘Cool’ Pakai Kostum Anjing Di ‘Running Man’

Tak Kisah Imej Pelakon, Song Jihyo Dipuji ‘Cool’ Pakai Kostum Anjing Di ‘Running Man’

Episod “Running Man” memang tak pernah tak kreatif! Pasti ada sahaja idea produser untuk kenakan ahlinya.

Terbaru, bagi menyambut ulang tahun ke-11 rancangan itu, mereka telah melakukan misi untuk mengumpulkan wang membeli kostum bagi ‘gambar keluarga’ baru. Walaupun hanya misi pendek, namun mereka berusaha keras ‘menipu’ bagi menyelamatkan diri daripada kostum paling buruk.

Dengan ahli yang ramai, Song Ji-hyo tak mampu lawan kegilaan Haha dan Yang Se-chan yang menyimpan wang sendiri untuk menyelamatkan diri mereka. Disebabkan itu, wanita berkenaan terpaksa mengalah dan mendapat kostum paling membebankan dan kelakar iaitu anjing peliharaan Dalmatian.

song jihyo dalmatian

Nampak ‘bengang’ pada awalnya tapi Song Ji-hyo kekal dalam karakter dan sanggup berkelakuan seperti anjing sehinggakan ahli lain meminta pelakon itu supaya menjaga imejnya.

song jihyo dalmatian

Disebabkan oleh perubahan ‘rare’ tersebut, ramai netizen yang memuji Song Ji-hyo kerana tidak kisah memakai kostum sedemikian meskipun dia merupakan seorang pelakon wanita popular.

Wow, dia tidak takut kelihatan buruk.

 

Dia seorang pelakon tapi ini sangatlah kelakar.

 

Song Ji-hyo terbaik dalam ‘Running Man’.

 

Saya suka dia kerana langsung tak pedulikan imejnya.

 

Dalmatian Ji-hyo.

Muka Song Ji-hyo redha je!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...