Ikuti Kami:

“Tak Kenal Perempuan..” – Yoo Jaesuk Marah Song Jihyo & Kim Jongkook Duduk Rapat?

“Tak Kenal Perempuan..” – Yoo Jaesuk Marah Song Jihyo & Kim Jongkook Duduk Rapat?

Nampaknya hubungan Kim Jong-kook dan Song Ji-hyo kembali menjadi perhatian dalam episod terbaru “Running Man”.

Dalam episod terbaru ini, mereka telah duduk berbincang mengenai pilihan Jeon So-min yang perlu memilih antara Jo Se-ho dan Kang Hoon. Berdasarkan dua opsyen berbeza antara dua lelaki berkenaan, wanita itu akan berpasangan bersama salah seorang daripadanya.

Bukan itu sahaja, ahli lain turut perlu meneka jawapan yang akan dipilih oleh Jeon So-min. Untuk soalan ‘Cara paling mudah untuk rapat dengan seseorang yang pertama kali jumpa’, pilihan yang diberikan ialah ‘Minum alkohol’ dan ‘Bercakap dengan banyak’.

Meskipun yang lain meneka betul, Kim Jong-kook tidak menyangka Jeon So-min memilih untuk minum alkohol bersama kerana dia memilih ‘Bercakap dengan banyak’.

running man

Song Ji-hyo kemudiannya menyokong pilihan wanita tersebut,

So-min suka sekiranya ada kebebasan dalam hubungan tu.

Kim Jong-kook yang masih tidak percaya dia membuat kesilapan diusik oleh Song Ji-hyo,

Awak tak kenal perempuan.

Marah Yoo Jae-suk apabila menyaksikan keintiman mereka berdua,

Awak berdua boleh tak duduk berjauhan?

running man

Ugut Kim Jong-kook,

Awak nak tak jatuh ke bawah ke?

Ahli “Running Man” yang lain ketawa kuat apabila melihat Yoo Jae-suk terdiam selepas diugut lelaki berbadan sasa itu.

Alaa comelnya

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...