Utama Gossip Tak Hormati Penyanyi Lain, Komen Berbaur Hinaan Jeon Somi Di Twitter Dikritik...

Tak Hormati Penyanyi Lain, Komen Berbaur Hinaan Jeon Somi Di Twitter Dikritik Ramai

Jeon So-mi sekali lagi tular di media sosial disebabkan oleh komen yang ditinggalkannya.

Baru-baru ini, Jeon So-mi telah hangat diperkatakan di media sosial selepas penyanyi tersebut meninggalkan komen di satu hantaran peminat di aplikasi X (Twitter).

Di mana, hantaran yang berbaur negatif itu telah menghina para penyanyi serta kumpulan di bawah YG Entertainment dengan berkata,

F*ck BIGBANG, F*ck TREASURE, F*ck WINNER, F*ck IKON, F*ck 2NE1, Kami suka awak So-mi F*ck LOREN.

Walaupun kata-kata hinaan ditujukan kepada kebanyakan idola di YG, Jeon So-mi telah membalas hantaran tersebut dengan berkata,

Yay mereka sukakan saya.

somi twitter

Rata-rata peminat telah mengkritik tindakan penyanyi tersebut. Walaupun terdapat segelintir yang percaya bahawa tindak balas Jeon So-mi itu hanyalah sebagai gurauan, namun peminat mendapati bahawa ini bukan kali pertama penyanyi tersebut melakukan perkara seperti itu.

Sebelum ini, sikap cuai penyanyi itu juga pernah tular selepas dia membuat hantaran di media sosial yang menunjukkan carta muzik Korea.

Di mana, dia telah mengucapkan tahniah kepada Jennie BLACKPINK kerana mendapat tempat pertama namun disebabkan TWICE muncul di tempat kedua, rata-rata peminat marah dan menuduh penyanyi tersebut seakan seperti sedang mengetawakan kumpulan itu.

somi ig

Disebabkan ini, ramai orang percaya bahawa So-mi perlu lebih berhati-hati dengan kata-kata serta tindakannya yang seperti tidak menghormati artis lain.

Terdapat juga segelintir netizen yang tidak bersetuju dan mengatakan bahawa So-mi bebas untuk melakukan apa sahaja di media sosialnya.

Korang rasa macam mana?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERTwitter
Loading...