Utama Gossip Tak Hadir Perbicaraan, ‘Stalker’ Rain & Kim Taehee Dijatuhi Hukuman Penjara Setahun

Tak Hadir Perbicaraan, ‘Stalker’ Rain & Kim Taehee Dijatuhi Hukuman Penjara Setahun

Rain dan Kim Tae-hee diganggu orang luar?

Sebelum ini pasangan selebriti bahagia Korea, Rain dan Kim Tae-hee ada membuat laporan polis bahawa mereka berdua ‘diintip’ oleh seorang wanita.

Suspek wanita berusia likungan 40-an didakwa melawat kediaman suami isteri itu sebanyak 14 kali dari Mac hingga Oktober 2021. Selain itu, dimaklumkan bahawa dia membunyikan loceng rumah Rain dan Kim Tae-hee sehingga menganggu pasangan terbabit.

Pada perbicaraan yang diadakan pada pagi 8 Disember 2023, pihak pendakwaan menjatuhkan hukuman penjara satu tahun kepada wanita itu di atas tuduhan melanggar Akta Hukuman Mengintai.

Tambahan, wanita itu tidak hadir ke mahkamah dua kali berturut-turut pada hari perbicaraan dan mahkamah tetap meneruskan perbicaraan tanpanya.

Macam-macam orang sekarang ni..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERYNA
Loading...