Ikuti Kami:

“Tak Cringe Pun” – Babak ‘Kisah Cinta Kita’ Buat Ramai Teringat Babak Terkenal ‘Descendants Of The Sun’

“Tak Cringe Pun” – Babak ‘Kisah Cinta Kita’ Buat Ramai Teringat Babak Terkenal ‘Descendants Of The Sun’

Ramai katanya yang sedang ‘gila’ menonton drama di TV3 iaitu “Kisah Cinta Kita” sekarang kan?

Menampilkan Aedy Ashraf dan Amelia Henderson sebagai teraju, ia membawa kisah Alisa dan Amir yang menjalani pernikahan palsu bagi menutup tembelang mengenai kehilangan Natasya iaitu anak kepada sebuah keluarga kaya. Memandangkan Alisa seiras Natasya, kelebihan itu digunakan bagi menipu keluarga gadis itu.

Yang menariknya, salah satu babak di dalam drama itu dikatakan mirip dengan sebuah drama Korea yang popular dahulu. Cuba lihat kompilasi kedua drama ini,

Fuhh! ‘Sebijik’ seperti babak terkenal “Descendants Of The Sun” kan? Kiranya Aedy Ashraf ialah Song Joong-ki dan Amelia Henderson pula ialah Song Hye-kyo!

Menjengah ke ruangan komen, meskipun ada yang mengkritik kenapa perlu meniru babak yang sama, rata-rata penonton memuji babak berkenaan yang tidak nampak janggal langsung walaupun di’remake’ semula.

kisah cinta kita dots

Korang rasa macam mana?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...