Ikuti Kami:

“Tak Boleh Lepas Pandang..” – Rambut Panjang Kim Woobin Curi Perhatian Netizen

“Tak Boleh Lepas Pandang..” – Rambut Panjang Kim Woobin Curi Perhatian Netizen

Kalau cakap pasal pelakon lelaki Korea yang kacak, nama Kim Woo-bin pastinya tidak akan terkecuali.

Terbaru, Kim Woo-bin telah berkongsi beberapa fotonya di pasar raya dengan rambut panjangnya yang berkilat, menarik perhatian ramai dengan ketampanan pelakon lelaki itu.

Meskipun dengan hanya memakai pakaian yang selesa, pelakon itu tetap nampak menyerlah.

Antara komen yang ditulis di entri tersebut,

Saya tak boleh lepas pandang awak!

 

Wow, Kim Woo-bin nampak sangat tampan dengan rambut panjang.

 

Dia nampak kacak tetapi..kenapa dia berada di bahagian jual lampin..

Dalam pada itu, Kim Woo-bin akan muncul dalam drama Netflix “Black Knight”, menceritakan tentang pencemaran yang menjadi sangat teruk sehingga orang tidak dapat bertahan tanpa alat pernafasan. Ianya akan ditayangkan pada separuh kedua 2023 nanti.

Segak sangat la Kim Woo-bin!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...