Ikuti Kami:

“Tak Ada Makna Buat Saya” – Song Jihyo Dipuji ‘Cool’ Tak Kisah Hal Bekas Kekasih

“Tak Ada Makna Buat Saya” – Song Jihyo Dipuji ‘Cool’ Tak Kisah Hal Bekas Kekasih

Mungkin kerana sudah mempunyai pengalaman yang lama kerana sudah 43 tahun hidup, ramai yang memahami pandangan Song Ji-hyo.

Dalam episod terbaru “Running Man”, kesemua ahli dan tetamu Cha Tae-hyun dan Yoo Yeon-seok telah menjalani perbincangan hebat mengenai sama ada perlu membuang cincin mahal yang diberikan bekas teman lelaki.

Cerita penonton ‘A’ mengenai kisah itu,

Saya seorang pekerja pejabat berusia 30-an yang sangat menyukai ‘Running Man’. Saya kadang-kadang memakai cincin mewah yang diberikan oleh bekas teman lelaki sebagai hadiah. Kerana ianya cantik, saya tak ada perasaan terpendam. Bagaimanapun, teman lelaki baru saya mendapat tahu mengenainya dan terfikir perlu ke saya menjualnya?

sbs running man

Rata-rata ahli “Running Man” bersetuju bahawa dia perlu menjual cincin tersebut, tak kisah sama ada kekasihnya tahu ataupun tidak.

Balas Yoo Yeon-seok yang tak bersetuju dengan hal itu,

Tak perlu menjualnya, okay pun kalau awak tak pakai. Teman lelaki awak sekarang pun tak akan menyuruh awak menjualnya.

Malah Song Ji-hyo terus bersetuju dengannya,

Kalau awak tak memberikan ia makna apa-apa, ia hanyalah cincin biasa.

Bahkan apabila ‘dicucuk’ oleh Yoo Jae-suk mengenai sekiranya teman lelakinya menyarungkan cincin bekas kekasih, balas Song Ji-hyo selamba,

Saya tak kisah.

sbs running man

Nafi Yoo Jae-suk pula,

Pemberian cincin antara kekasih mempunyai makna mendalam. Jika mengambil kira maksud cincin itu, awak perlu memahami minda kekasih baru ini. Cepat jualnya!

Mendengarkan respon Song Ji-hyo dan Yoo Yeon-seok, ramai tidak menyangka bahawa mereka adalah pasangan yang ‘cool’ dan tidak menyimpan perasaan buruk terhadap pasangan masing-masing.

Apa pandangan korang?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...