Ikuti Kami:

“Tak Ada Identiti” – Asyik Bawa Lagu BLACKPINK, COËX Peserta ‘Big Stage 5’ Dikecam ‘Copy Paste’?

“Tak Ada Identiti” – Asyik Bawa Lagu BLACKPINK, COËX Peserta ‘Big Stage 5’ Dikecam ‘Copy Paste’?

Merupakan antara bintang K-Pop paling popular di dunia, sudah pasti ramai yang menjadikan BLACKPINK sebagai idola kan?

Sebuah kumpulan tempatan baru iaitu COËX juga dilihat sepertinya mendapat inspirasi daripada kumpulan Korea Selatan itu sebagai konsep muzik mereka. Diangkat sebagai salah satu peserta program ‘Big Stage 5’, sudah tentu persembahan mereka akan menjadi bualan ramai.

Walaupun menerima markah tinggi daripada juri seperti Ajai namun penonton merasakan bahawa kumpulan dianggotai Amylia, Dalini, Elysha, Eyqa dan Mikaela itu sepertinya cuba ‘copy paste’ kumpulan BLACKPINK secara 100 peratus.

Ini kerana kumpulan itu acap kali mempersembahkan lagu daripada kumpulan berkenaan seperti ‘Shut Down’ ketika acara perasmian program itu dan ‘Pink Venom’ untuk persembahan minggu pertama ‘Big Stage 2023’. Komen penonton,

coex bp

Bukan itu sahaja, COËX juga dilihat sering membawa lagu dendangan BLACKPINK di beberapa festival sebelum ini sekaligus menguatkan lagi dakwaan bahawa kumpulan berkenaan sepertinya cuba menjadi seperti kumpulan dianggotai Jennie, Jisoo, Lisa dan Rose.

Mungkin dorang dah selesa kot..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...